Detik Terakhir Isteri Muhammad Syafiq Bersama Bayi Mereka Mengundang Perasaan Sebak, Abangnya Buat Luahan

Uncategorized

Seberang Jaya: Suasana piluu menyelubungi perkarangan Unit For3nsik Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini, apabila isteri pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Muhammad Syafiq Ahmad, iaitu Nur Amalina Norain diberi peluang mengucup anaknya buat kali terakhir.

Jenazah Muhammad Aisy Saqeef berusia 22 hari yang terkorban dalam kemalangan tragis di Kilometer 163 Lebuhraya Utara-Selatan di Sungai Bakap awal pagi ini, dibawa dari Hospital Sungai Bakap ke tempat rawatan ibunya di HSJ.

Sejurus j3nazahh tiba, Nur Amalina, 25, yang cedera dan dirawat di Wad 8 hospital itu dibawa turun dari wadnya dengan ditolak menggunakan katil ke bahagian Unit For3nsik.

Nur Amalina kemudiannya diberi masa kira-kira 20 minit dan kelihatan wanita itu membelai dan mengucup bayinya beberapa kali.

Wanita itu turut diberi peluang menatap wajah ibunya Zainab Wahab, 45, yang turut terkorban dalam k3malangannn tersebut.K3mmalangan itu turut mengorbannnkan pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti berusia 30-an.

Selain Muhammad Syafiq, 25, dan isterinya, anak sulung pasangan itu Aaira Nur Saffiya, 2, mengalami c3deraa ringan dan kini dirawat diwad kanak-kanak HSJ.

Muhammad Syafiq yang turut hadir ke HSJ dilihat tidak dapat mengawal perasaan dan berterusan menangis sambil ditenangkan ahli keluarga dan rakan-rakannya.

J3nazzah kemudiannya dibawa ke Pendang, Kedah untuk urusan peng3bumiaan.

Terdahulu di Nibong Tebal, Muhammad Syafiq yang berada di perkarangan Unit Forensik Hospital Sungai Bakap (HSB), dilihat menangis setiap kali didekati rakan dan saudara-mara malah dia enggan bercakap dengan sesiapa yang menghubunginya menerusi telefon kerana terlalu sedih.

Muhammad Syafiq berada di situ menunggu urusan b3dah siasat anak bongsunya, Muhammad Aisy Saqeef serta ibu mentuanya, Zainab.

Suasana hiba dan sedih itu turut dikongsi adiknya, Muhammad Zulfadhli, 24, yang setia menemani abangnya itu dan beliau turut memaklumkan abangnya masih terkejut serta sukar menerima kejadian yang berlaku.

“Dia akan menangis setiap kali ada saudara mara atau kawan datang bertanyakan keadaannya selain enggan bercakap dan hanya menyebut nama anaknya sahaja…Aisy, Aisy,” katanya kepada pemberita ketika di temui di Unit For3nsik HSB, di sini hari ini.

Sementara itu, Jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menzahirkan ucapan takziah kepada Muhammad Syafiq ketika hadir menziarahi pemain bola sepak kebangsaan itu di HSB.

“Beliau boleh mengambil berapa lama masa yang diperlukan untuk kembali pulih sama ada mental dan fizikal malah kami akan sentiasa memberi semangat dan sokongan. Kami semua mendoakan yang terbaik buatnya,” kata Tan.

Mengulas lanjut, beliau berkata tiada sebarang latihan yang dijadualkan buat Muhammad Syafiq ekoran pembatalan Piala Malaysia disebabkan pandemik Covid-19 sekarang ini.

Sumber : HMETRO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *