VARDY meraikan jaringan kemenangan dengan menggelungsur dan menendang bendera penjuru padang. FOTO Agensi

“Berasakan perkara itu amat berbaloi” – Vardy trajang bendera LGBT

Sukan

Sheffield: Pasukan bimbingan Brendan Rodgers tiba di Bramall Lane dengan harapan mahu bangkit daripada kekalahan 1-2 kepada Fulham dan terdesak untuk mencari kembali rentak kemenangan.

Ketika terikat dengan kedudukan 1-1 pada minit ke-90, Jamie Vardy berdepan situasi satu lawan satu dengan Aaron Ramsdale dia tidak menghadapi masalah untuk meledak gol kemenangan.

Vardy yang juga peminat Sheffield Wednesday dan terkenal dengan cara meraikan jaringan, berlari ke arah bendera penjuru padang dan menghancurkannya melalui sekali terjahan.

Ia adalah perkara biasa buat Vardy, pemain berusia 33 tahun yang dikenakan kad kuning disebabkan meraikan jaringan namun dia sendiri berasakan perkara itu amat berbaloi.

Pengurus Blades, Chris Wilder kelihatan kecewa di tepi padang dan pasukannya kekal tanpa kemenangan selepas 11 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Penyokong dilihat memberi reaksi ke atas apa yang dilakukan Vardy dan mereka merasakan ia adalah salah satu detik yang bakal dikenang musim ini.

Leicester mendahului menerusi Ayoze Perez, yang kembali ke dalam skuad selepas diketepikan ketika kalah Isnin lalu.

Bagaimanapun, tuan rumah kembali menyamakan kedudukan menerusi Oli McBurnie.

Sumber Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *