Pada Mulanya Dai Syed Tidak Boleh Dijamin Kerana Dia Munkin Akan Ganggu Mangsa Yang Buat Laporan Polis. Ini Yang Peguam Dai Syed Buat Selepas Itu

Uncategorized

Pendakwah selebriti, Da’i Syed didakwa di mahkamah hari ini atas pertuduhan se.ks luar tabie selepas 13 hari dire.man sejak 26 November lalu.

Video Berada Di Bawah Artikel

Pendakwaan ke atas Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalull mengikut Seksyen 377B Kanun Kesek.saan atau se.ks luar tab.ie di Mahkamah Seksyen di Komplek Mahkamah Petaling Jaya di sini.

MGF10122020_DAIE_SYED-8

Pertuduhan itu memperuntukan huku.man pen.jara 20 tahun dan sebat, jika sabit kesa.lahan.

Tertuduh yang berusia 26 tahun itu mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Faiz Dziyauddin.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa atas tuduhan melakukan persetu.buhan luar ta.bie terhadap mang.sa yang ketika kejadian berusia 22 tahun di rumah sewa tertuduh di Empire City, Damansara Perdana antara jam 3 pagi hingga 5 pagi pada 17 Oktober lalu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, P. Vitiya Monisha tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan membantah sebarang permohonan ikat jamin kerana membabitkan kesalahan serius serta pada masa sama dia sedang disiasat kes lain.

Malaysiakini - Dai Syed berdepan pertuduhan seks luar tabii

“Sekiranya jaminan dibenarkan tertuduh akan mengganggu mang.sa kerana saling mengenaki dan kes-kes lain yang sedang disiasat,” katanya.

Vitiya berkata, sekiranya jaminan dibenarkan pendakwaan memohon jumlah RM100,000 diberikan terhadap tertuduh berserta syarat tambahan dilarang mengganggu mang.sa.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam, Syed Amirul Syed Edros dalam hujahan rayuannya memohon dibenarkan ikat jamin dengan alasan tertuduh tidak berisiko untuk melarikan diri dan telah memberi kerjasama sejak disiasat polis.

Hakim kemudiannya menetapkan wang jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin selain Dai Syed perlu melapor diri di balai polis terdekat setiap 1 haribulan dan tidak boleh mengganggu mang.sa sehingga tariku perbicaraan yang bermula 19 Februari depan.

Sementara itu, tertuduh dibawa ke Mah.kamah Majistret pula untuk pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Kese.ksaan atau ca.bul di kompleks mahkamah sama.

Selesai prosiding di sini, Da’i Syed yang juga penyanyi akan dibawa ke Mahka.mah Sesyen Shah Alam untuk didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Kese.ksaan atau mero.gol.

Bekas peserta program realiti Islamik, Da’i Pendakwah Nusantara diTV3 pada 2016 itu berada dalam reman sejak 27 November lalu.

Tempoh tahanan remannya telah dilanjutkan sebanyak dua kali bagi membantu siasatan.

Siasatan yang dijalankan oleh pihak polis membabitkan pelbagai kesala.han sek.sual seperti Seksyen 376 (ro.gol), Seksyen 354 (ca.bul), Seksyen 377 (se.ks luar tab.ii) dan Seksyen 323 (mendatangkan kecede.raan).

Sehingga hari ini, terdapat sembilan laporan polis telah dibuat di Shah Alam dan Petaling Jaya terhadap pendakwah selebriti itu

VIDEO KETERANGAN DARI PEGUAM DAI SYED

Sumber : Malaysia Gazette / BHARIAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *