Selamber Bawa Basikal Masuk Dalam Kedai Makan. Netizen Mula Luah Rasa Tidak Puas Hati (Video)

Uncategorized

Selalunya kita dengar geng geng motorsikal atau kereta yang akan guna ayat ini ” hobi kita mahal ” tetapi sekarang kita sudah boleh tambah satu lagi kategori iaitu basikal.

Pada yang tidak tahu, basikal yang selalu anda lihat selebriti guna untuk aktiviti riadah mereka ada yang mencecah puluhan ribu ringgit.

Ye, ini bukan tipu tetapi kenyataan. Basikal sahaja boleh mencecah ribuan ringgit, bukan tiada basikal murah tetapi kebanyakkannya akan memilih untuk membeli basikal mahal.

Baru baru ini muncul satu rakaman CCTV dari sebuah restoren berkenaan dengan ‘Geng Basikal’ ini.

Lokasi kejadian tidak diketahui dan bila kejadian ini berlaku.

Rakaman tersebut dimuat naik ke dalam laman sosial Twitter yang bernama @amar_zulkifly.

Ia memaparkan dua pengayuh membawa basikal mereka masuk ke dalam sebuah kafe.

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 20 saat itu memaparkan dua individu berkenaan membawa masuk basikal masing-masing sebelum dipandang serong oleh pengunjung dalam kafe tersebut.

Tidak dapat dipastikan apa tujuan mereka, namun sudah semestinya basikal itu dibeli dengan harga mahal yang tidak boleh dibiarkan di luar kafe ataupun hilang dari pandangan mereka.

VIDEO KEJADIAN:

Ini antara respond netizen berkenaan kejadian tersebut dan sudah pasti ramai yang luahkan rasa tidak puas hati.

Yang bawa stroller anak pun rasa serba salah bawa masuk dalam kedai. Yang bawa basikal ini boleh pula selamber ..

Apa pendapat korang? Patut ke tak patut mereka bawa masuk basikal itu atau biarkan sahaja basikal ‘park’ dekat luar kedai. Bincangkan ..

Artikel By: AwattSyeikhh Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *