Orang Lain Derma Makanan Dan Minuman Tapi Sharifah Shahira Akan Derma Seluar Dalam Dan Bra Wanita. Ini Komen Dia Pada Yang Nak Gelakkan Barang Derma Dia

Uncategorized

#Gambar Bra Diatas Sekadar Hiasan

Memang biasa dalam Malaysia sekiranya terjadi sesuatu musibah sudah pasti ramai akan menolong.

Memang dalam sifat rakyat Malaysia untuk membantu orang yang susah. Satu satunya sifat yang patut dibangga. Tahniah!

Makanan dan minuman memang banyak diberi, lihat sahaja dalam media sosial. Bukan sahaja selebriti malahan orang biasa pun ramai yang membantu.

Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahira turut melakukan inisiatif mengumpul baju terpakai untuk diserahkan kepada mereka memerlukan. Selain makanan dan minuman, Shahira turut memberi bantuan pakaian dalam.

“Ni cakap terus terang ya, seluar dan baju dalam baharu saya nak kena beli sebab sangat diperlukan. Aku nak kena pergi beli, saiz nasiblah main beli ni, ke banyak saiz XL ke atas, L faham sangat.

“Benda dah terdesar nak pakai, saya sumbang lain daripada lain sebab itu pun benda penting. Seluar dan bra di mana murah nak cari ni, borong dekat mana.

“Itu pun saya campur duit korang bagi beli air dan barangan dalaman. Nak gelak, gelaklah, tapi ini sangat penting,” tulisnya.

Dalam satu perkongsian sebelum ini, Shahiera ada berkongsikan video di mana dia mengumpulkan baju-baju terpakai untuk diserahkan kepada mangsa banjir di sekitar kawasan Pahang.

Sumber : Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *