Selepas Cuba Disaman RM3Juta Atas Dakwaan Memfitnah, Awal Ashaari Failkan Tuntut Balas RM750K Pula

Uncategorized

Kuala Lumpur: Selepas disaman RM3 juta oleh sebuah syarikat perkhidmatan mengubah suai rumah atas dakwaan memfitnah, personaliti televisyen Awal Ashaari pula memfailkan tuntutan balas menuntut ganti rugi RM750,000 daripada syarikat itu berhubung kegagalan melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian di kediamannya.

Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 39, yang memfailkan tuntutan itu terhadap Naz Empire Sdn Bhd menerusi Tetuan Azlan Razak & Associates pada 30 Dis lepas, menuntut semula wang pendahuluan RM100,000 dan kos baik pulih sebanyak RM650,000 serta faedah selain kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Tuntutan itu mendakwa pelakon tersebut telah menyatakan hasrat kepada Naz Empire untuk menarik balik tawaran bagi melakukan kerja pengubahsuaian rumah di Sunway Damansara tetapi menerima tawaran bagi kerja-kerja pengubahsuaian di kediamannya yang lain di Sri Hartamas di sini.

“Naz Empire bersetuju untuk menaja kos kerja-kerja perkayuan bagi bilik tidur utama rumah Sri Hartamas dan turut menawarkan untuk menaja sebahagian daripada kos kerja-kerja pengubahsuaian dapur di rumah terbabit dan sebagai balasan, Naz Empire mencadangkan kepada saya untuk mengiklankan serta mempromosikan syarikatnya di media sosial setelah kesemua kerja tersebut disempurnakan,” menurutnya dalam tuntutan itu.

Awal berkata pada 25 Julai 2019, kedua-dua pihak telah memeterai kontrak yang menyaksikan pelakon itu melantik Naz Empire sebagai kontraktor bagi kerja pengubahsuaian dapur kering, ruang keluarga, ruang tamu, dapur basah, ruang solek, serambi dan dapur tambahan serta kerja-kerja pengubahsuaian yang ditaja membabitkan empat bilik tidur rumah di Sri Hartamas yang perlu diselesaikan pada 8 Februari 2020.

Pada 21 Oktober 2019, Awal mendapati kerja pengubahsuaian dapur adalah tidak seperti dipersetujui dan Naz Empire juga gagal hadir pada temu janji ditetapkan bagi membincangkan mengenai perkara itu hingga beliau menghantar satu mesej kepada syarikat terbabit supaya menghentikan kerja tersebut selepas tidak memberi kerjasama dalam menangani masalah berkenaan.

“Saya akhirnya memberi Naz Empire dua pilihan sama ada menyiapkan kerja-kerja itu tanpa menerima pembayaran tambahan atau syarikat itu menghentikan kerja-kerja tersebut dan memulangkan wang pendahuluan RM80,000 daripada RM100,000 yang telah diberikan kepada Naz Empire.

“Naz Empire kemudian bersetuju untuk menghentikan kerja-kerja tersebut dan terus menyiapkan kerja-kerja yang ditaja. Namun Naz Empire masih gagal memberikan lakaran reka bentuk berserta ukuran dan pelan lantai selepas diminta sebaliknya hanya menunjukkan lakaran itu melalui paparan skrin komputer milik syarikat berkenaan,” katanya.

Dakwa Awal, beliau sekali lagi meminta syarikat itu memulangkan RM80,000 daripada pendahuluan yang telah dibayar sebagai kos ganti rugi untuk melantik kontraktor baharu bagi menyempurnakan kerja itu namun Naz Empire sering mengelak menjawab panggilan atau membalas pesanannya dan pembantu menerusi aplikasi WhatsApp.

Sementara itu, peguam Azlan Abdul Razak yang mewakili Awal ketika dihubungi berkata mahkamah menetapkan 27 Januari untuk pengurusan kes.

Pada 13 November tahun lalu, Naz Empire memfailkan saman terhadap Awal dan dua lagi individu yang merupakan rakan kongsi perniagaan atas nama SomethingBorrowed By Nawal Enterprise iaitu Nawal Yasmin Mat Noh serta Muhammad Hilmi Zulkifli kerana didakwa memfitnah syarikat itu berhubung kerja pengubahsuaian di kediaman selebriti tersebut.

Sumber : HMetroOnline

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *