Memang Tak Jangka, Polis Buat Sekatan Jalan Raya Dalam Balai Polis (Gambar)

Uncategorized

Sejak dari tahun lepas sudah pasti kita nampak banyak sekatan jalan raya. Apa yang dilakukan oleh pihak polis adalah untuk menjaga keselamatan kita.

Dengan SOP PKP yang telah ditetapkan kerajaan, pergerakkan kita bukan macam dahulu lagi.

Sekiranya kita hendak ke sesuatu tempat mestilah ada tujuan dan sekiranya jauh surat kebenaran polis perlu ada.

Jarang kan kita dengar tapi ini lah yang terjadi. IPD Rompin telah membuat satu sekatan jalan raya di dalam IPD mereka sendiri.

Ini kenyataan dari IPD Rompin.

PEMERIKSAAN BSPT DI DALAM IPD ROMPIN. ‘ UNDANG-UNDANG TIDAK PILIH BULU ‘.

Pihak Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Rompin ( BSPTD ) yang diketuai oleh Insp.Muhammad Nazir bin Hanafi telah membuat pemeriksaan terhadap warga IPD Rompin pada pagi tadi .

Tujuan diadakan pemeriksaan secara berkala ini adalah kerana ingin memastikan setiap warga IPD Rompin sentiasa mematuhi serta tidak melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat sebagai penguatkuasa undang-undang.

Ada netizen tanya, buat sekatan jalan raya itu anggota polis yang melanggar peraturan akan disaman ke tak? Ini jawapan IPD Rompin.

“polis la yg wajib lengkap”

Apa pun tahniah diucapkan kepada IPD Rompin. Mana tahu selepas ini IPD lain pun akan buat benda yang sama.

Artikel : AwatttSyeikhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

#SALIN SEMULA TANPA KEBENARAN ADMIN TIDAK DIBENARKAN#

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *