Selepas Tular Gambar Shuib Dan Siti Sarah Langgar SOP. Siti Tampil Jelaskan Apa Terjadi

Uncategorized

Penyanyi Siti Sarah Raisuddin akui kesilapannya dan suami, Shuib Sepahtu yang didenda kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) di sebuah premis restoran, di sini pada Jumaat.

Sarah yang mengganggap ia salah satu dugaannya dalam perjalanan ke Kelantan untuk pembukaan kedai minuman dan pemanis mulut milik Shuib berkata ia pengajaran buat mereka.

“Kami decide makan kat restoran tepi jalan lepas dah uruskan banyak hal. Kami decide makan di Lipis, Pahang.

“Sekali lagi kami diduga. Kami mohon maaf. Ini pengajaran untuk kami dan diharap menjadi pengajaran untuk orang lain agar sentiasa ikut SOP,” katanya.

Pasangan yang juga usahawan itu dikenakan kompaun kerana didapati duduk di sebuah meja melebihi dua orang serta tiada penjarakan fizikal di premis terbabit.

Sarah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut Sarah turut menceritakan kisah perjalanan mereka ke Kelantan yang menghadapi pelbagai dugaan.

“Banyak dugaan sebelum kami sampai ke Kelantan ni untuk pembukaan @bubblebeemalaysia_hq di Kubang Kerian dan Kota Bharu. 12 jam perjalanan.

“Bukan untuk datang bercuti, sebaliknya kami ke Kelantan dah dapat kebenaran rentas negeri untuk menguruskan pelancaran dua baby baru @bubblebeemalaysia_hq.

“Mulanya, staf @bubblebeemalaysia_hq terlibat dalam kemalangan. Kereta mereka terbabas naik ke atas bukit akibat jalan licin.

“Berderau darah Sarah bila dapat berita terbabit, Alhamdulillah syukur sgt kerana hanya kereta je yang rosak, mereka tak alami kecederaan serius.

“Akhirnya, tadi dah selesai pelancaran dua outlet @bubblebeemalaysia_hq di Kubang Kerian dan Kota Bharu,” ceritanya.

Meskipun menempuh pelbagai dugaan, namun Sarah memberitahu ia tidak mematahkan semangat mereka.

“Dugaan memang banyak tapi semuanya tak patahkan semangat kami. Apa yang penting, kami jadikan ia sebagai pengajaran dan sama-sama kita ikut semua saranan kerajaan okay?,” luahnya.

Sebelum itu, seorang individu memuat naik gambarnya bersama pasangan selebriti menjamu selera di dalam premis terbabit dalam akaun Facebook miliknya.

Kerajaan menetapkan bermula 10 Februari, hanya dua individu semeja ketika menjamu selera di kedai makan dan restoran.

Sumber : GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *