Peguam Sajat Tunggu Punya Tunggu, Sajat Tak Sampai Sampai

Uncategorized

Usahawan kosmetik, Nur Sajat tidak hadir pada sebutan semula kes berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini, hari ini.

Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, didakwa atas pertuduhan menyebabkan agama Islam dipandang h1na dengan cara dirinya seorang lelaki yang berpakaian menyerupai wanita.

Peguam syarie, Zuri Zabuddin Budiman yang mewakili usahawan itu berkata, Sajat tidak menghadiri sebutan semula yang sudah ditetapkan oleh mahkamah sebelum ini.

“Saya tunggu juga, tapi dia tak datang”

“Mahk4mah tangguh sebutan semula kes pada 1 Jun depan,” katanya ketika ditemui pemberita sebaik selesai kes berkenaan di sini, hari ini.

Sementara itu ditanya sama ada pihaknya akan mengemukakan mitigasi kepada mahkamah, beliau berkata, pihaknya kemungkinan berbuat demikian namun ia belum dibincangkan lagi.

Selain Zuri, Nur Sajat turut diwakili peguam syarie Ahmad Nazib Johari, Noor Azlina Che Hassan dan Amirah Zainal.

JAIS sahkan Sajat didakwa | Harian Metro

Pada 6 Januari lalu, Sajat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Syarie Mohamad Khalid SHaee @ Shaii.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat, pada 7.30 malam, 23 Februari 2018 di premis kecantikannya, Nursajat Beauticion, Jalan Serai Wangi G16/G, Seksyen 16, Shah Alam.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jen4yah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan huk.uman tidak melebihi RM5,000 atau pen.jara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Syarie Selangor Atras Mohd Zain.

Mahk4mah membenarkan ikat jamin RM3,000 dan menetapkan 23 Februari untuk sebutan semula kes.

Sumber : HMETRO ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *