Sanggup Tipu Polis Untuk Pergi Honeymoon. Ini Kenyataan Dari Pihak Polis Tentang Apa Akan Terjadi Kepada ‘Datin’ Dan Suaminya

Uncategorized

Polis telah memanggil sepasang suami isteri untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berkaitan isu pergerakan rentas negeri yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, seorang ahli perniagaan telah datang bersama isterinya ke Balai Polis Wangsa Maju untuk memohon permit pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke Johor Bahru, Johor atas urusan perniagaannya pada Isnin lalu.

“Lelaki itu telah mengemukakan surat arahan menjalankan tugas oleh syarikat.

Berdasarkan dokumen yang dikemukakan olehnya, permohonan rentas negeri tersebut telah diluluskan oleh polis bermula pada Rabu hingga Sabtu,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Ashari berkata, gambar pasangan berusia dalam lingkungan 20-an itu telah tular di media sosial kononnya pergi berbulan madu di suatu kawasan peranginan sehingga dikecam oleh netizen pada Jumaat.

Polis dapati pasangan itu beri keterangan palsu berkaitan alasan rentas negeri. Mereka buat persiapan awal dengan tempah hotel lebih awal pada Disember 2020 untuk menyambut ulangtahun perkahwinan pada 17 Mac 2021

Pihak polis mengingatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan kebenaran rentas negeri yang telah diberikan oleh pihak polis.

Artikel: AwatttSyeikhh Network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *