Kebenaran Rentas Negeri Dikatakan Diperketatkan Disebabkan Oleh Beberapa Golongan Yang Salah Guna Kebenaran Rentas Negeri

Uncategorized

Kebenaran rentas negeri merupakan soalan cepu emas yang wajib dan pasti akan ditanya kerana rakyat pada ketika ini sememangnya tertunggu-tunggu bila kerajaan akan membenarkannya.

Ismail Sabri berkata, 10 negeri dan wilayah iaitu Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu, Pahang, Perlis dan Sabah termasuk Putrajaya dan Labuan dikekalkan status Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), berkuat kuasa 1 April sehingga 14 April.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas kerajaan mendengar pembentangan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

“Bagaimanapun, rentas negeri masih tidak dibenarkan. Rentas daerah dibenarkan kecuali Sabah dan Sarawak,” kata Ismail Sabri pada sidang media.

Ismail Sabri berkata, rentas negeri hanya dibenarkan menerusi Gelembung Pelancongan Bersasar yang membenarkan pelancong bergerak dari kawasan PKPP, merentas negeri PKPP lain.

Kebenaran Khas Rentas Negeri Diperketatkan

Selepas heboh beberapa kes rentas negeri (dikatakan atas urusan kerja tetapi meragukan) dan didakwa langgar SOP melibatkan selebriti, artis dan Instafamous, pihak berkuasa dikatakan perketatkan lagi kebenaran untuk dapat kelulusan rentas negeri.

Selepas tularr satu foto dibalai seperti gambar dibawah ini, ramai yang akur dan pada masa yang sama tidak berpuashati dengan golongan selebriti yang sebelum ini dikatakan sewenangnya salah guna kelulusan rentas negeri.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *