Neelofa Dan PU Riz Sudah Pergi Ke Balai Polis. Ini Kenyataan Dari KPD Dang Wangi Tentang Apa Terjadi

Uncategorized

Polis mengesahkan sudah merekodkan keterangan usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Haris Ismail atau dikenali PU Riz petang semalam, berhubung majlis perkahwinan pasangan itu yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata pihaknya akan melengkapkan kertas siasatan itu minggu ini sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

“Polis selesai rakam keterangan Neelofa dan suaminya petang semalam. Percakapan mereka bagi melengkapkan kertas siasatan,” katanya.

Sebelum ini, polis dilaporkan membuka kertas siasatan membabitkan majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz.

Mohamad Zainal dipetik berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Neelofa, 32, selamat diijabkabulkan dengan pelakon dan pendakwah bebas, PU Riz, 26, di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, pada 27 Mac lalu.

Isu pelanggaran SOP pada majlis itu timbul selepas tular di media sosial satu gambar menunjukkan jemputan yang hadir tidak mematuhi SOP PKP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Usahawan dan selebriti popular Neelofa memohon dirinya diberikan ruang berhubung isu melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) dan dakwaan berbulan madu di Langkawi.

“Berhubung isu tersebut saya mohon diberikan ruang untuk menyelesaikannya secara profesional dan tenang tanpa tekanan daripada mana-mana pihak yang berkaitan.

“Itu saja permintaan saya…Saya tidak mahu ulas panjang-panjang kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan,” katanya.

Neelofa ditemui ketika Majlis Pelancaran Fipper X Neelofa di Hotel Marriot, Putrajaya pada petang tadi (Isnin).

Mengulas mengenai kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai tindakan akan dikenakan sekiranya didapati bersalah melanggar SOP, Neelofa enggan mengulas lanjut.

“Saya rasa tidak perlu untuk mengulas tentang perkata tersebut. Ada tindakan atau tidak biar saya settle sendiri.

“Jika ada perkembangan terkini saya akan maklumkan dan kita tengok nanti apa yang perlu dilakukan,” katanya.

Sumber: GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *