Datuk Seri Ismail Sabri Beritahu Tidak Kemaskini MySejahtera Bukan Satu Kesalahan

Uncategorized

Sebelum ini, ada pihak mengatakan setiap rakyat Malaysia diwajibkan untuk mengemaskini status kesihatan masing-masing di aplikasi MySejahtera. Sekiranya gagal berbuat demikian, mereka akan dikenakan kompaun kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Terbaru, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa tindakan tidak mengemas kini aplikasi MySejahtera tidak dianggap sebagai satu kesalahan.

Tidak kemaskini MySejahtera bukan satu kesalahan

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, perkara ini telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat Malaysia lebih-lebih apabila terdapat anggota penguatkuasa yang mengeluarkan kompaun kepada individu atas kesalahan gagal mengemaskini aplikasi MySejahtera. .

Saya ingin maklumkan bahawa tidak mengemas kini aplikasi MySejahtera tidak menjadi kesalahan.

Jelas beliau lagi, kegagalan mengemaskini itu bukanlah satu kesalahan dibawah undang-undang termasuk Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Oleh itu, beliau menyarankan agar mana-mana kompaun yang dikeluarkan atas kesalahan terbabit perlulah dibatalkan.

Ini adalah berdasarkan kepada Akta 342, yang mana ia tidak terkandung sebagai satu kesalahan untuk dikenakan kompaun oleh mana-mana penguat kuasa. Pegawai penguat kuasa juga disarankan supaya tidak salah dalam membuat sebarang tafsiran berhubung SOP yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan.

Sumber: Astro Awani

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *