TMJ Dikatakan Telah Rosakkan Liga M, Beliau Beri Penjelasan Dan Telah Selamatkan Beberapa Pemain

Uncategorized

“Saya spoil (rosakkan) Liga M (Liga Malaysia), atau empat lima pasukan yang tidak bayar gaji?”

Itu per tanyaan ringkas pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada pihak yang selama ini menuduh kelab berpangkalan di selatan tanah air itu merosakkan industri bola sepak negara dengan memborong pemain ternama seterusnya menawarkan gaji terlalu tinggi.

Malah, Tunku Ismail ketika temu bual di laman Instagram Hafizal Hamad turut menjelaskan beliau selama ini menjadi tempat berpaut untuk pemain daripada pasu kan lain yang berhadapan masalah tunggakan gaji mendapatkan bantuan kewangan pada musim perayaan.

Katanya, tindakan beliau men gambil beberapa pemain ternama dalam Liga M sebenarnya menyelamatkan mereka daripada berterusan berhadapan masa lah tung gakan gaji terutama membabitkan beberapa pasukan utama Liga Super.

“Kalau orang lain tak bayar gaji tak jaga kebajikan pemain, tak jaga periuk nasi pemain, macam mana saya pula yang merosakkan Liga M.

“Saya spend (berbelanja) men gikut kemampuan saya dan pasukan lawan saya juga kena berbelanja ikut kemampuan mereka. Pengurusan jika gagal menguruskan itu adalah kegagalan mereka.

“Saya selamatkan pemain yang tak ada gaji. Awak boleh tanya PFAM (Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia) punya presiden berapa banyak kali kes yang ada tung gakan gaji setiap kali Hari Raya siapa yang beri duit raya kepada mereka.

“Kebanyakan bekas pemain JDT yang minta ban tuan atau mana pemain yang saya kenal akan bantu ikut kemampuan,” katanya.

KreditSumber:HMetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Kerana support kami.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau segala komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Sekian terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *