Selepas Rancangan Hiburan Yang Ada 50 Juri Dikatakan Langgar SOP Dan Dikecam Netizen. Ini Yang Terjadi Kepada Rancangan Tersebut

Uncategorized

Pihak penerbitan rancangan ‘All Together Now Malaysia’ memutuskan untuk menghentikan sementara program tersebut sehingga siasatan berkaitan dakwaan berlakunya berlakunya pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) selesai.

Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, rakaman program tersebut dibuat pada Mac lalu di Putrajaya sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0).

“Krew penerbitan telah menjalankan ujian calitan COVID-19 ke atas semua yang mengambil bahagian sebelum rakaman bermula dan hanya mereka yang berstatus negatif sahaja dibenar meneruskan rakaman,” katanya.

'All Together Now Malaysia' dihentikan sementara

“Set yang dibina telah mengambil kira penjarakan fizikal antara juri dan diletakkan penghadang lutsinar antara mereka,” tambah Raqim.

Rakaman program tersebut juga turut dihadiri wakil daripada agensi-agensi keselamatan.

Terdahulu, satu laporan berita tempatan memaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan agar siasatan dilakukan ke atas penerbitan rancangan berkenaan susulan dakwaan pelanggaran SOP.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Rabin Basir, berkata siasatan ke atas rancangan itu akan dikendalikan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), jelas laporan itu.

Laporan itu turut memetik bahawa KKMM akan mengambil tindakan sewajarnya, jika mereka mengenal pasti wujud berlakunya pelanggaran SOP sepanjang rakaman program berkenaan.

Sumber : ASTRO AWANI

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *