Berita Baik Untuk Peminjam PTPTN, Kerajaan Tangguh Pembayaran Untuk Semua Sehingga Tarikh Ini

Uncategorized

Kerajaan bersetuju untuk memberikan penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama tiga bulan kepada peminjam yang layak.

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menerusi kenyataan media, semua peminjam PTPTN yang terkesan boleh mengemukakan permohonan mereka melalui Portal Rasmi PTPTN mulai esok (10 Jun) hingga 31 Ogos 2021.

”Keputusan ini diambil kerana kerajaan prihatin dan menyedari terdapat peminjam PTPTN yang masih terkesan dengan pandemik Covid-19 dan belum berupaya membuat bayaran balik pinjaman,” katanya.

Noraini berkata, tempoh penangguhan bayaran balik pinjaman bermula dari bulan permohonan diluluskan. Manakala, butiran berkenaan perlaksanaan penangguhan bayaran balik pinjaman ini akan diperincikan oleh PTPTN.

Sebelum ini, kerajaan telah menangguhkan bayaran balik pinjaman PTPTN mulai 19 Mac 2020 hingga 31 Disember 2020 kepada semua peminjam PTPTN berikutan pandemik COVID-19.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dibuat dengan menghubungi Careline PTPTN di talian 03-2193 3000 yang beroperasi Isnin hingga Jumaat dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

KOMEN NETIZEN:

“Tiba2 rasa bersyukur sgt sbb berjaya bayar lump sump loan PTPTN masa zaman boskurrr..sbb dpt discount hihi..”

“Kena mohon ye….tak boleh buat auto tangguh ya..”

“Bulan ogos je? knp tak lanjut smpai bln disember? dah lah covid tak hilang2 ni wei”

Sumber : SIAKAP KELI

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *