Gadis Sanggup Jual Motor Bapa Sebab Nak Jumpa ‘Kekasih’ Dalam Online Game, Sekali Kena Dia Betul-betul Kena ‘Game’

Uncategorized

Seorang remaja perempuan menangis gara-gara ‘terkandas’ di Lapangan Terbang Sultan Thaha Jambi setelah gagal berjumpa dengan rakan lelakinya yang dikenali melalui permainan atas talian.

Sanggup jual motorsikal bapanya

Gadis berkenaan dikenali sebagai Indri dikatakan telah berjanji dengan seorang rakan lelakinya yang bermain permainan atas talian, namun nasib malang menimpa dirinya apabila lelaki berkenaan enggan berjumpa dengannya.

Lebih mengejutkan lagi apabila Indri sanggup menjual motorsikal bapanya kerana ingin membeli tiket kapal terbang demi berjumpa dengan lelaki tersebut di Jakarta. Susulan itu, gadis tersebut mula rasa menyesal dan menangis kerana nekad untuk melakukan perkara itu demi membiayai kos perjalanannya.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Monik telah menghampiri gadis terbabit untuk menenangkannya setelah kesian melihat remaja itu menangis keseorangan.

Ketika saya melihat dia seperti kebingungan, saya datang kepadanya dan bertanyakan keadaanya. Sebenarnya dia dari Jambi ingin ke Jakarta untuk berjumpa dengan rakan lelaki yang dikenalinya menerusi permainan atas talian.

Memberontak ingin berjumpa dengan rakan lelakinya

Jelasnya lagi, gadis berkenaan membawa wang sebanyak Rp 20 juta (RM 5,780) untuk pergi ke Jakarta dan ia merupakan hasil daripada jualan motorsikal bapanya.

Gadis itu didakwa telah memberontak dan ingin berjumpa dengan lelaki berkenaan, namun gagal apabila ibu bapanya mengetahui kisahnya setelah video mengenai dirinya tular di media sosial.

VIDEO

Menurut Pengurus Besar Lapangan Terbang Sultan Thaha Jambi, Agus Supriyanto, Indri merupakan penumpang yang akan berlepas pada hari Selasa, namun status penerbangannya dibatalkan setelah pegawai itu mulai rasa curiga terhadap Indri kerana dilihat seperti kebingungan dan tidak mempunyai penjaga.

Walau bagaimanapun, Indri telah dijemput oleh ibu bapanya yang berasal dari Desa Tangkit, Wilayah Jambi untuk dibawa pulang ke rumah.

Sumber : Tribun Timur & Detik News Via Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *