Bila Ryan Bakery ‘Join’ Sepahtu Reunion Live. Ini Yg Terjadi Bila Dia Mula Mula Keluar

Berminggu-minggu nama selebriti TikTok Malaysia, Ryan Bakery menjadi sebutan netizen malah kejayaan demi kejayaan diperolehnya mengundang rasa bangga buat peminat yang sekian lama mengikuti content dihasilkannya berdasarkan zaman kanak-kanak dan persekolahan.

Content yang telah disajikan buat peminat itu ternyata melonjakkan namanya untuk berterusan dikenali dalam dunia hiburan tanah air.

Terbaharu, Ryan Bakery menjadi tetamu jemputan di sebuah rancangan popular, Sepahtu Reunion Live.

Ryan

Ternyata jemputan pihak Sepahtu Reunion Live untuk mengundang Ryan Bakery pada malam tadi mencetuskan ramai peminat influencer ini begitu gembira.

Mana tidaknya, selepas muncul di beberapa program, akhirnya Ryan Bakery muncul di rancangan lawak bersama kumpulan Sepahtu. Apatah lagi bergandingan dengan Jep Sepahtu.

Seperti diketahui selain Ryan Bakery, WanChai juga muncul bersama di rancangan tersebut.

Namun begitu, satu rakaman video pendek dikongsikan ini mencetuskan netizen tergamam dengan sorakan penonton Sepahtu Reunion Live yang memberikan sokongan buat Ryan Bakery.

VIDEO KEMUNCULAN RYAN BAKERY 

Sehinggakan Ryan Bakery juga turut tergamam tidak dapat berkata-kata. Dalam pada itu, perkongsian peminat Ryan Bakery oleh, Mutalibraof yang turut memberitahu dirinya menonton Astro disebabkan Ryan Bakery itu juga menarik perhatian netizen untuk meninggalkan ratusan reaksi teruja dengan kemunculan influencer tersebut pada malam tadi.

KOMEN NETIZEN:

Ryan

IMG_20220805_094047

Sumber : HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*