MAHA 2022 Dijangka Kehadiran 100Ribu Pengunjung Tapi Peniaga Hampa. Rupanya Ada Yg Tak Sedap Didengar Dari Org Yg Dah Pergi Sana

Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 mula membuka tirai hari ini dijangka menerima sambutan yang amat menggalakkan.

Pameran dwitahunan yang kali terakhir diadakan pada 2018 itu akan berlangsung selama 11 hari di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini sehingga 14 Ogos ini.

Pameran pertanian terbesar dan berprestij itu juga menonjolkan sebanyak 1,500 gerai pa­meran dengan jangkaan 100,000 keha­diran pengunjung setiap hari.

Namun lain pula yang berlaku apabila ada peniaga yang mula meluahkan rasa sedih dan terkilan apabila barang yang dipamerkan mereka tidak laku.

Seperti mana yang dikongsikan oleh MohdFaizalOmar87 menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan perniagaan buahnya yang kurang mendapat sambutan. Faizal telah menurunkan kira-kira 5 tan buah namun kelihatan tiada pengunjung yang membeli.

Malah menerusi video tersebut, dapat dilihat dengan jelas pelbagai jenis buah yang masih berlonggok di atas meja. Kawasan persekitaran juga tidak kelihatan sosok manusia. Sempat bertanya, 100k pengunjung pergi mana?

Harga makanan, buahan, barangan di MAHA 2022 agak mahal..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Namun rata-ratanya meninggalkan komen menyatakan harga makanan, buahan dan barangan yang dijual di sana mahal.

Ada juga yang menulis, buat pameran pada musim atau hari persekolahan memang saja cari penyakit. Ya la kan, apabila musim sekolah agak sukar bagi ibu bapa serta anak-anak keluar.

Majoriti rakyat dah tak berduit sangat..

Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen menyatakan, harga mahal, bahkan lebih mahal dari tepi jalan. Tak kan nak g MAHA.

Dalam masa yang sama ada juga yang menulis, majoriti rakyat dah tak berduit sangat. Ramai yang susah sekarang. Kos barang-barang asas pun naik.

Menurut peniaga lain, legasiisuri turut mengalami nasib yang sama. Makanan yang dijual tidak laku namun mereka sudah membeli stok yang banyak memandangkan ramai pengunjung yang dijangka hadir ke pameran ini.

Betul apa yang dikomen oleh segelintir warga TikTok, rakyat Malaysia pada hari ini makin susah. Banyak komitmen lebih-lebih lagi banyak barangan untuk kegunaan keluarga naik harga. Perbelanjaan anak-anak sekolah pun makin meningkat.

Faham, setiap peniaga mencari duit untuk meneruskan kelangsungan hidup. Tapi rakyat dan mereka yang bukan berniaga pun bersusah payah bekerja.

Jadi apabila barangan yang diniagakan mahal, mereka mengambil langkah untuk tidak pergi.

Mungkin juga baru hari pertama ia berlangsung dan masih ramai yang tidak tahu akan pameran tersebut. Tunggulah untuk beberapa hari lagi, pasti akan ada rezeki buat peniaga di sana.

Sumber: TikTok MohdFaizalOmar87 & legasiisuri via Daily Makan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*