Selepas Puteri Sarah Luah Rasa Lega Ira Kazar Sudah Dipanggil JAWI. Ira Kazar Keluar Ayat Ini

Pelakon popular Puteri Sarah mengesahkan Ira Kazar yang didakwa mempunyai hubungan dengan suaminya, Syamsul Yusof sudah dipanggil bagi memberi keterangan kepada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) minggu lalu.

Menurut pemilik nama penuh Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, itu, pihaknya mengetahui tentang perkara tersebut namun tidak dimaklumkan secara terperinci mengenainya.

“Saya hanya boleh sahkan ketika ini, dia sudah beri keterangan kepada pihak Jawi minggu lalu.

“Urusan kes ini akan ambil masa panjang dan masih lagi dalam siasatan tetapi saya syukur semuanya berjalan dengan baik,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

“Saya lega kes ini berjalan dengan baik dan harap ada kemenangan. Semua ini dilakukan demi saya dan anak-anak.

“Ada dua aduan dibuat iaitu satu di mahkamah syariah untuk dakwaan orang ketiga, manakala di mahkamah sivil untuk dakwaan melakukan gangguan.

“Tak kisah menunggu lama tetapi asalkan semuanya berjalan, alhamdulillah,” ujarnya.

Ditanya sama ada dia masih diganggu pihak ketiga seperti yang didakwa sebelum ini, pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu memberitahu tidak lagi melalui situasi tersebut ketika ini.

“Setakat ini tidak ada lagi gangguan yang saya terima memandangkan pihak sana sudah menerima arahan injuksi.

“Sekarang hidup saya lebih aman dan tenang,” katanya lagi.

Ira Kazar Dipanggil Jawi

Melihat pada akaun sosial media Ira Kazar. Kelihatan dia telah memuat naik 1 story dengan satu ayat yang ringkas.

Netizen pasti ayat itu adalah tentang berita tentang JAWI memanggil dia kerana menggangu rumahtangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof.

“Ada ni haa” 

Ira disiasat berdasarkan Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Pada 30 Jun lalu, Puteri Sarah memfailkan saman terhadap seorang wanita yang didakwa mengganggu rumah tangganya sejak empat tahun lepas.

Malah, pelakon itu juga mendapatkan perintah interim injuksi kepada pihak defendan berhenti meluah atau menyebarkan sebarang gangguan dalam media sosial.

Sumber : K! Online / IG Ira Kazar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*