
Pemain Arab Saudi dilaporkan akan menerima sebuah Rolls Royces Phantom setiap seorang selepas kejayaan mengejutkan Argentina 2-1 pada Piala Dunia 2022 di Qatar.
Menerusi kejayaan bersejarah pada Piala Dunia menentang skuad diketuai Leonel Messi, skuad Green Falcons jelas gembira.
Susulan kemenangan mengatasi skuad dari Amerika Selatan itu, Green Falcons kini memiliki tiga mata dan tempat pertama dalam kumpulan.
Sebagai tambahan, Arab Saudi mencipta sejarah menjadi pasukan Asia pertama menang menentang Argentina menerusi dua gol, menang perlawanan pembukaan Piala Dunia dan kali pertama menewaskan skuad La Albiceleste.
Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman Al Saud dikatakan akan memberikan pemain Arab Saudi sebuah Rolls Royces Phantom setiap seorang sebagai ganjaran atas kejayaan mengejutkan Argentina 2-1 pada Piala Dunia 2022 di Qatar. – Foto ihsan Davas News.
Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman Al Saud dikatakan memberikan setiap pemain sebuah Rolls Royce Phantom berikutan persembahan cemerlang menentang Argentina.
Pemberian mewah itu mendapat perhatian di Twitter.
Suhel Seth, seorang ahli perniagaan India, menjadi antara terawal memuat naik kenyataan di Twitter bahawa setia pemain Arab Saudi menerima sebuah Rolls Royce daripada Putera Salman.
What a match! MBS will now give each player of the KSA TEAM one Rolls Royce each in addition to a billion dollars EACH for winning against Argentina!
— SUHEL SETH (@Suhelseth) November 22, 2022
Awab Alvi, pempengaruh media sosial terkenal yang juga seorang doktor gigi, mendakwa semua pemain Arab Saudi menerima Rolls Royce Phantom itu.
BREAKING: MBS has announced a Rolls Royce Phantom to each team member having defeated ARG #FIFAWorldCup #SAvsARG #SaudiArabia ?? serves up the first major upset of the #FIFAWorldCup
— Awab Alvi (@DrAwab) November 22, 2022
VIDEO:
Sumber : BHARIAN ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Leave a Reply