Setelah Kec0h Pasal Bakal Nak Kahwin Dengan Pemain Bola Sepak JDT Safawi Rashid, Syifa Melvin Tampil Bersuara Beri Penjelasan

Nama pempengaruh Syifa Melvin dan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid menjadi bualan ramai selepas dikhabarkan akan melangsungkan majlis pernikahan dalam masa terdekat.

Macam mana boleh kant0i?

Menerusi Inst4.gram Live pada Selasa, Syifa memohon agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya dan Safawi.

Bagaimanapun, us4hawan k0smetik itu tidak mengesahkan tarikh 3 Disember menjadi saksi hari bahagia mereka.

Yang mana doakan kami nak kahwin itu, doakan yang terbaik. Penat kami simpan rahsia, kantoi juga. Tapi tak apa.. biar saja sebab itu kami pun diam. Kalau tarikh itu, korang nak percaya, percaya saja la.

Tak tahu la macam mana boleh (kantoi). Hampa tunggu la 3 Disember ini ada tak (ketawa).

Selesa privasi

Tambah adik kepada pelakon Syatilla Melvin, mereka selesa dengan kehidupan privasi tanpa menghebahkan selagi belum sah ikatan.

Katanya, mereka risau dengan penyakit ain kerana tidak semua orang suka melihat kebahagiaan orang lain.

Kami bukan nak berahsia tetapi kena faham la. Dari awal lagi, kami nak privasi.

Tak pernah pun expose kami bersama, kongsi gambar berdua ke. Yang gambar di media sosial itu mereka sunting bagi nampak kami duduk berdua.

Cuma kadang-kadang masa saya buat live, Safawi akan masuk. Itu saja. Tak ada pun mengatakan kami bersama.

Sebab kami takut dengan penyakit ain. Tak semua orang gembira, bila kita gembira. Kalau diikutkan tak mahu bagitahu pun. Bila dah official, baru akan dikongsikan.

Orang yang kahwin pun boleh bercerai. Inikan pula yang bercinta. Doakan yang baik-baik. Moga orang yang dalam live ini pun dikurniakan jodoh yang baik.

Sementara itu, usaha untuk mendapatkan kenyataan daripada Syifa gagal apabila Wh4tsApp yang dihantar tidak dibalas mana kala Safawi pula hanya menjawab waalaikumussalam.

Terdahulu, kisah percintaan Safawi dan Syifa menjadi bualan orang ramai, namun tiada sebarang pengesahan rasmi daripada kedua dua belah pihak yang mengatakan mereka menjalin hubungan istimewa.

Sumber: Inst4gram.syifamelvin

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggung jawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Semen tara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsi kan seperti berikut.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*