Setelah Sabar Menanti, Ini Luahan Rata-rata Dari Netizen Tentang Pengumuman Perdana Menteri Ke 10 Malaysia

Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Ke10.Pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu diperkenan oleh Yang diPertuan Agong selepas perbincangan khas dengan Raja Raja Melayu di Istana Negara, sebentar tadi.

“Setelah memperhalusi titah pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan untuk melantik Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Tambun) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

“Selaras dengan kuasa baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan,” demikian menurut kenyataan Istana Negara.

Kenyataan itu menyebut, pada sesi perbincangan khas Raja-Raja Melayu yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong, baginda telah berkenan mewasalkan kepada Raja-Raja Melayu bahawa proses pelantikan Perdana Menteri baharu adalah susulan daripada PRU15, Sabtu lalu.

“Perbicangan khas itu juga bertujuan bagi Seri Paduka mendapat pandangan Raja-RajA Melayu untuk membolehkah baginda membuat keputusan yang terbaik demi kepentingan dan kesejahteraan negara serta rakyat.

“Proses di atas adalah bagi membolehkan Seri Paduka membuat keputusan melantik seorang Ahli Dewan Rakyat pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli-ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan,” katanya.

SUMBER:BH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PER HATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggung jawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Semen tara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghibur kan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*