Ungku Ismail Beritahu Keadaan Terkini Nad Zainal Dan Apa Yg Telah Doktor Buat

Doktor belum dapat mengesan punca menyebabkan berlaku perdarahan berterusan dalam paru-paru pelakon, Nad Zainal yang kini dalam keadaan kritikal di sebuah pusat perubatan di Ampang, di sini.

Pelakon yang juga rakan Nad, Ungku Ismail ketika ditemui berkata, doktor juga tidak pasti sama ada ia berpunca daripada kencing tikus atau jangkitan bakteria lain memandangkan Nad tidak mempunyai gejala yang dikaitkan.

Katanya, doktor turut memaklumkan Nad kini mengalami autoimun iaitu di mana sistem imun tubuh seseorang menyerang sel atau tisunya sendiri.

Menurut Ungku Ismail, setakat ini empat doktor masih lagi memantau keadaan pelakon itu selain perlu dirawat menggunakan dos steroid yang tinggi.

Ditanya mengenai keadaan Nad, Ungku Ismail berkata, pendarahan masih lagi berlaku.

“Yang pasti pendarahan berterusan, secara ‘on and off’. Jadi, doktor sedang berhempas pulas mengeluarkan darah yang berkumpul dalam paru-paru.

“Bermacam-macam ubat sudah diberikan termasuk antibiotik, namun tidak memberi apa-apa kesan atau tindak balas terhadap jangkitan yang dialami,” katanya.

Sementara itu, pengarah terkenal, Shahrulezad Mohameddin ketika ditemui meminta semua pihak mendoakan yang terbaik buat Nad.

“Kita sama-sama doakan agar Nad kembali sembuh dan semoga Allah akan kembalikan dia kepada kita semula. Sebagai rakan saya terharu apabila ramai dalam kalangan penggiat seni yang turut hadir termasuk ahli keluarga Nad untuk memberi semangat kepadanya.

“Keluarga Nad juga sudah dipanggil untuk melawatnya, manakala rakan-rakan penggiat seni setia memantau perkembangannya di hospital,” katanya.

Barisan penggiat seni tanah air yang hadir antaranya Sharifah Amani, Nadia Aqilah, Sherry Alhadad, Aliff Aziz dan isterinya Bella Astillah, Didie Alias, Sharifah Sakinah, Nadiya Nisaa, penerbit Fazli Baharom dan ramai lagi.

Bekas suaminya, Faliq Amiruddin turut hadir bersama anak mereka.

BEKAS suami kepada Nad Zainal iaitu Muhammad Faliq Amiruddin menitipkan doa agar pelakon itu segera sembuh selepas dilaporkan berada dalam keadaan kritikal akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Faliq berharap Nad atau nama sebenarnya Farah Nadiah Zainal Abidin, 32, kuat melawan sakit yang dihadapi demi dua orang anak mereka.

“Awak kuat. Saya tahu. Kuat demi Yem (Fahad Ibrahim) dan Som (Budi Kalsom),” katanya.

Faliq menulis kata-kata tersebut menerusi satu hantaran di Instastory pada Rabu.

Dalam pada itu, Faliq juga memohon orang ramai mendoakan Nad yang kini sedang bertarung melawan penyakit di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Berita pelakon drama Cina Buta ini dimasukkan ke hospital mula mendapat perhatian ramai selepas rakan artis iaitu Ungku Ismail berkongsi perkara tersebut di laman sosial.

Dalam temu bual bersama mStar, Ungku memaklumkan Nad berada dalam keadaan kritikan selepas doktor mendapati terdapat pendarahan pada paru-paru.

nad 22

Nad bersama anak perempuannya.

Susulan itu, Nad perlu menjalani beberapa rawatan bagi masaalah tersebut.

Untuk rekod Nad dan Faliq mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom yang kini berusia setahun.

Awal September lalu, Nad mengumumkan rumah tangga yang dibina bersama suami selama tujuh tahun berakhir dengan perceraian.

Terdahulu, Nad dilaporkan dimasukkan ke ICU pusat perubatan berkenaan sejak dua hari lalu akibat masalah paru-paru berdarah.

Sumber : HMETRO ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*