Tips Cuci Tandas Rumah Dalam Masa 5 Minit je, Tak Payah Sental Pun

Bila sebut hal cuci tandas mesti ramai di antara kita yang malas betul nak buat benda ini kan? Kalau boleh nak cari cara paling mudah dan cepat je, sebab itu lah ramai yang tak ambil berat pun tentang pemilihan bahan pencuci tandas yang betul.

Nak senang punya pasal ada yang guna cecair basuh baju, sabun cuci pinggan, bahan peluntur, baking soda dan macam-macam lagilah untuk bersihkan tandas.

Sebenarnya tak boleh macam itu tau, bukan sahaja kebersihan tandas korang tak terjamin tetapi pengunaan bahan yang salah ini juga boleh mendatangkan mudarat kepada korang sendiri.

Campuran peluntur dan bahan pencuci mengundang bahaya

Tips pertama dan paling penting yang perlu korang ingat adalah jangan sesekali campurkan peluntur dengan bahan pencuci lain, gabungan kedua bahan tersebut boleh menghasilkan gas beracun yang mampu mengancam nyawa.

Biasakan untuk semak dahulu label penggunaan dibelakang produk pencuci yang korang gunakan sebagai langkah berjaga-jaga sebab pada label tersebut biasanya sudah disertakan cara penggunaan serta amaran. Haa.. Ingat tau jangan pandai-pandai nak campur-campur sendiri ya!

Lagi satu, jangan lah main guna je segala jenis sabun yang ada dalam tandas korang itu untuk cuci tandas.

Mungkin pada dasarnya tandas korang akan terlihat bersih dan berkilat selepas pengunaan produk berkenaan tetapi belum tentu ianya mengandungi bahan yang tepat untuk membunuh bakteria berbahaya pada tandas korang.

Sumber : OHBULAN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*